Sejak sebelum mencapai kemerdekaan, pendekatan yang digunakan Pemuda UMNO sentiasa digeruni dan dihormati oleh kawan dan lawan. Pendekatan yang sentiasa tegas , lantang dan berani adalah imej sebenar Pemuda UMNO. Setiap isu yang mencabar kepentingan agama, bangsa dan Negara akan disuarakan oleh Pemuda UMNO dengan nadanya yang tersendiri, sehinggakan kadang-kala merunsingkan kepimpinan induk UMNO. Tetapi itulah cara Pemuda UMNO, yang pantang dicabar dan sanggup melakukan apa sahaja demi maruah agama, bangsa dan tanahair.
Sejarah penubuhan Pemuda UMNO bermula pada 1 dan 2 Mac 1947, apabila Persidangan Agung UMNO di Seremban memutuskan untuk menubuhkan beberapa jabatan baru dalam parti itu, termasuk Jabatan Pemuda. Jabatan baru ini bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan muda Melayu menyertai UMNO. Kapten Hussein, anak Yang Dipertua UMNO Dato’ Onn Jaafar, telah dilantik sebagai Ketua Pemuda ketika berusia 26 tahun.
Tun Sardon dan Datuk Ahmad memimpin Pemuda UMNO selama 14 tahun. Ketika itu terlalu ramai pemimpin pergerakan berkenaan berusia lebih 40 tahun. Satu pindaan dilakukan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO apabila umur bagi memimpin pergerakan itu dihadkan kepada 40 tahun, kecuali jawatan Ketua Pemuda.
Pada 1964, buat pertama kalinya dalam sejarah, jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan dan Tun Sardon ditentang oleh sahabat karibnya. Datuk Senu Abdul Rahman. Tun Sardon tewas dan berakhirlah satu era lagenda dalam kepimpinan Pemuda UMNO. Era Tun Sardon bolehlah dianggap sebagai satu asas pembentukan perjuangan dan imej Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dan sememangnya masih menular dalam pergerakan tersebut hingga hari ini.
“PEMUDA ERA MOTIVATOR & PERGGERAK WAWASAN”
“PEMUDA BANGKIT KEMBALI”
“PEMUDA CARA KITA”
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
©Hakmilik Terpelihara 2023 – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia | Diuruskan oleh Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia