HEY! PEMUDA

Artikel

PENJELASAN BERHUBUNG VIDEO YB DR AKMAL SALEH DI KUALA KUBU BARU: POLITIK MATANG DAN SEMANGAT SALING MENGHORMATI

kenyataan-media-sollehin

Kini sedang berlegar video berkaitan YB Dr Akmal Saleh yang kebetulan terserempak bersama pimpinan Pemuda Perikatan Nasional di Kuala Kubu Baru dan susulan video tersebut maka mula tersebar pelbagai naratif dan persepsi yang mula dimainkan.

Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak Pegerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk menjelaskan keadaan sebenar dan menjernihkan sebarang persepsi yang tidak berasas berdasarkan video tersebut.

YB Dr Akmal Saleh pada 6 Mei telah dijadualkan hadir ke Kuala Kubu Baru bagi bertemu pimpinan Pemuda UMNO Hulu Selangor & Pemuda UMNO Negeri Selangor yang kini sedang bertugas dalam menghadapi PRK Kuala Kubu Baru.

Selaku pimpinan utama sudah tentu beliau turun untuk mendengar pandangan dan atur gerak kerja jentera Pemuda di sini.

Sejurus selesai, rombongan YB Dr Akmal Saleh bergerak ke Restoran Sulaiman yang secara kebetulan terserempak bersama YB Dr Afif dan beberapa pimpinan Pemuda Perikatan Nasional.

Oleh yang demikian,di atas semangat saling menghormati, YB Dr Akmal luang masa duduk menyantuni YB Dr Afif bersama pimpinan Pemuda UMNO yang lain. Ini merupakan amalan biasa, politik matang yang diterapkan di dalam Pemuda UMNO agar tidak membawa fahaman politik yang sempit.

Semoga melalui penjelasan ini ia dapat menjernihkan keadaan dan sebarang persepsi yang cuba ditimbulkan.

MUHAMMAD SOLLEHIN BIN MOHD TAJIE

7 MEI 2024

@drakmalsaleh

Semalam selesai berjumpa dengan pemuda UMNO Selangor di Kuala kubu bharu terserempak dengan YB @afif bahardin ,YB hilman,YB Azley dan rakan2 Perikatan Nasional di kedai mamak Walaupun kami kini berbeza pandangan politik,tetapi itu tidak memutuskan tali persaudaraan dan persahabatan antara kita Berbeza pandangan politik tetapi tetap bersahabat selamanya Kita tolak politik sempit Good luck brothers #drakmalsaleh

♬ Hayyul Hadi – Suja’i Channel Sholawat
BACA JUGA :  UMNO Ini Milik Semua

Sila Share:

Baca Lagi

Artikel Berkaitan